Tuesday, 12 August 2014

Pengenalan Kepada Insurans

TAHUKAH ANDA APA ITU INSURANS

PENGENALAN



Insurans adalah satu kaedah pengurusan risiko untuk mengurangkan risiko kewangan yang dihadapi oleh pemegang polisi. Konsepnya ialah membantu mengurangkan bebanan kewangan pemegang polisi bila mana ia dilanda musibah yang tidak dijangka. Ia dapat dilakukan kerana setiap pemegang polisi perlu menyumbang sejumlah wang berdasarkan risiko yang ingin dilindungi oleh mereka kepada satu dana. Dana ini diuruskan oleh syarikat insurans yang mana akan menyalurkan kepada pihak yang ditimpa musibah.
Sebaik-baiknya masa untuk mengambil insurans ialah di usia muda kerana premium yang perlu dibayar oleh pemegang polisi kepada syarikat insurans adalah rendah jika dibandingkan jika polisi insurans di ambil di usia yang lewat. Ini kerana, golongan yang lebih berusia terdedah kepada pelbagai penyakit yang memerlukan rawatan dan perubatan.
Pengambilan insurans di usia muda juga membolehkan seseorang pemegang polisi seperti  insurans berkaitan pelaburan (investment linked insurance) mampu mengumpul sejumlah wang untuk kegunaan di usia tua. Ini kerana wang yang dilaburkan di dalam saham amanah (unit trust) akan mengambil tempoh yang panjang bilamana insurans di ambil di usia muda berbanding dengan usia tua.
Oleh itu, insurans adalah satu perkara KEPERLUAN bukannya kehendak seperti yang difikirkan oleh sesetengah orang. Bahkan kerajaan Amerika sudah mewajibkan setiap rakyat mereka mengambil insurans memandangkan kos perubatan yang tinggi. Malahan kos perubatan terus meningkat saban tahun yang boleh membebankan kerajaan Malaysia sendiri. Bahkan ada ura-ura tentang pengenalan insurans I-Care oleh kerajaan.
Selain daripada itu, ramai orang melihat insurans sebagai sesuatu yang tidak perlu padahal insurans membantu pemegang polisi ketika kesempitan wang bila mana ditimpa musibah. Andaikata kita kaya sekalipun, adalah baik untuk mengambil insurans agar wang simpanan (savings) yang kita ada di bank-bank tidak terusik semasa musibah melanda yang memerlukan ribuan ringgit untuk dibelanjakan.

Dengan keadaan semasa, yang mana cara hidup dan cara pemakanan mendedahkan seseorang itu dengan pelbagai penyakit yang tidak dijangka. Oleh itu, pengambilan insurans boleh membantu seseorang pemegang polisi mengurangkan risiko kewangan yang dihadapi mereka.

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner