
Takaful
perubatan dan kesihatan memberi perlindungan terhadap kos rawatan perubatan
persendirian seperti kos hospital dan penjagaan kesihatan, jika anda
didiagnosis menghidap penyakit tertentu atau terlibat dalam kemalangan.
Perlindungan tersebut boleh diambil secara berasingan atau sebagai kontrak
tambahan kepada pelan takaful keluarga asas.
KONSEP TAKAFUL DALAM INSURANS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN
KONSEP TAKAFUL DALAM INSURANS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN
Apabila
anda menyertai takaful perubatan dan kesihatan, anda akan mencarum sejumlah wang
ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru'). Anda akan
memeterai perjanjian (aqad) bagi membolehkan anda menjadi salah seorang peserta
yang bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah
seorang peserta ditimpa musibah seperti dimasukkan ke hospital atau didiagnosis
menghidap penyakit tertentu.
0 comments:
Post a Comment